Stress
Saya mengalami masalah konflik keluarga,hendak bercerai tp suami tidak mahu.ibu saya sendiri masuk campur dengan sebelah lelaki menyebabkan saya stress yg teruk,mental Pon fikir terlalu banyak apa yg harus saya lakukan doktor?
Saya mengalami masalah konflik keluarga,hendak bercerai tp suami tidak mahu.ibu saya sendiri masuk campur dengan sebelah lelaki menyebabkan saya stress yg teruk,mental Pon fikir terlalu banyak apa yg harus saya lakukan doktor?
1 komentar
Terbaru

Anda sekarang bisa mulai memposting cerita dan komentar.
Dapatkan saran dari dokter, pakar, dan duta komunitas.
Bagikan pengalaman Anda dengan orang lain yang mungkin membutuhkan.
Terus aktif dan jadilah Duta Komunitas dengan mengumpulkan poin
Untuk mengatasi situasi ini, adalah sangat penting untuk puan mendapatkan bantuan profesional. Puan disarankan untuk berjumpa dengan kaunselor perkahwinan atau ahli terapi keluarga untuk membantu menyelesaikan konflik dengan suami dan mencari jalan keluar terbaik. Kaunselor dapat menyediakan ruang yang selamat untuk berbincang dan membimbing puan serta suami dalam mencari penyelesaian. Selain itu, memandangkan puan mengalami stres yang teruk dan mental yang terbeban, adalah baik juga untuk berjumpa dengan ahli psikologi atau psikiatri. Mereka boleh membantu puan menguruskan tekanan emosi dan memberikan strategi untuk menjaga kesihatan mental puan. Mengenai campur tangan keluarga, ahli keluarga sepatutnya bertindak sebagai "friend of the marriage" dan tidak memihak kepada mana-mana pihak. Mereka perlu mendengar semua sisi cerita sebelum memberi nasihat dan tidak menjadi "batu api". Puan boleh cuba berbincang secara tertutup dengan suami untuk menyelesaikan masalah tanpa campur tangan pihak ketiga. Sementara menunggu sesi kaunseling atau terapi, puan boleh cuba beberapa cara untuk menguruskan stres:
Related content