Pernah dimarah sehingga badan tidak boleh bergerak
Assalamualaikum Dr, saya sejak kecil ialah sorang yang cemerkap. Kerap kali mmecahkan barang di dalam rumah. Ayah pasti marah (tanpa kekerasan fizikal), cuma kata-katanya saja sudah cukup melukakan. Tapi saya tidak menyalahkan ayah, kerana siapa sahaja boleh sabar, punya anak yang cuai dan serba serbi lambat faham seperti saya.
Sehingga remaja dan dewasa, setiap kali saya ingin membantu orang, yang terjadi adalah sebaliknya. Kesusahan yang saya beri. Perkara ini adakalanya menyebabkan saya berasa takut untuk berada dalam mana-mana lingkungan. Takut akan menjadi beban kepada orang lain.
Ketika saya sekolah di tingkatan satu, saya pernah dimarah dengan dahsyat sekali oleh senior di asrama. Dalam sebuah bilik yang gelap, saya dijerkah. Dijerit-jerit, tanpa saya tahu apa salah saya. Yang saya lakukan cuma menangis dan terus menangis. Yang paling parah, setelah selesai dimarah, anggota badan saya tidak boleh bergerak sendiri. Saya dipapah turun dari tan
... Lihat Lainnya