Hai dok saya Hanan. Saya ingin meminta kepastian dok tentang tahap kesihatan mental saya. Saya tidak memiliki rakan yang rapat dengan saya kerana saya benar-benar takut, mengalami perasaan cemas, gementar, gugup dan berpeluh di seluruh badan. Saya sudah cuba yang terbaik untuk menambah kemahiran dalam berkomunikasi tetapi hasilnya tetap mengecewakan. Perasaan takut yang datang itu membuatkan saya rasa marah dan ingin menjadikan sesuatu sebagai alat untuk melepas amarah saya. Hal ini membuatkan saya sendiri keliru dan takut kerana saya sendiri tidak memahami mengapa saya memiliki perasaan sebegitu. Saya sendiri tidak memahami keadaan saya jadi bagaimana orang lain akan memahami saya?
Saya teramat sukar untuk bersikap terbuka walaupun kepada ahli keluarga terdekat kerana saya berasa mereka tidak memahami situasi saya. Ditambah lagi dengan sikap saya yang amat pendiam, selalu merasa bersalah dan sebagainya.